Jumaat, 9 Disember 2011

Imej Matahari 8 Disember 2011

 Cuaca pagi itu terlalu cerah disambut awan yang nipis dan kumpulan burung yang bebas merantau. Matahari gah menonjolkan diri dengan cahayanya yang terang. Di ufuk Timur sana, sang suria terus menghilangkan kegelapan malam. Jam menunjukkan pukul 8.05 pagi. Segalanya telah tersusun dan set up.

Hampir 3 bulan tidak aktif dalam astrofotografi. Kelmarin, bersama bekas Pengerusi Falak Syarie Maahad Muhammadi Lelaki 2011, Saudara Miqdad Noran, saya berkeempatan menggunakan 400mm Coronado Telescope, imej matahari berjaya diambil.

Gambar matahari yang diambil di Balai Cerap Mini Dr. Rowi, Guchil Bayam, Kota Bharu pada pagi 8/12/2011 

Imej dirakam dengan Lucam Recorder (semestinya bersama filter/penapis). Imej pertama dengan 2000 Frames dan yang kedua 500 Frames. Selesai editting dengan RegiStax V6, kedua-dua imej digabungkan dalam adobe photoshop untuk hasil yang lebih kemas.

Kelihatan sunspot dan flaming yang jelas di atas permukaannya.





Ahad, 4 Disember 2011

Gerhana Bulan 10 Disember 2011

Penumbral Eclipse Begins: 11:33:32 UT = 19:33:32 (Waktu Malaysia)
Partial Eclipse Begins : 12:45:42 UT = 20:45:42 (Waktu Malaysia)
Total Eclipse Begins : 14:06:16 UT = 22:06:06 (Waktu Malaysia)
Greatest Eclipse : 14:31:49 UT = 22:31:49 (Waktu Malaysia)
Total Eclipse Ends : 14:57:24 UT = 22:57:24 (Waktu Malaysia)
Partial Eclipse Ends : 16:17:58 UT = 00:17:58 (Waktu Malaysia)
Penumbral Eclipse Ends : 17:30:00 UT = 01:30:00 (Waktu Malaysia)

TARIKH CERAPAN : 10 Disember 2011 (Sabtu)

KAEDAH CERAPAN/RAKAMAN GERHANA PENUH
Cerapan bagi aktiviti ini akan menggunakan Teleskop Pembiasan (Refrector Telescope) 102mm berjenama Orion, teleskop ini akan dilletak di atas mount EQ5. Rakaman gerhana bulan penuh ini akan menggunakan Kamera Canon EOS 450D yang dilekapkan kepada teleskop dengan menggunakan Camera Adapter.

Ahad, 5 Jun 2011

Gerhana Bulan Penuh 16 June 2011


Tanggal 15-16 Jun 2011, sebahagian Bumi berpeluang menyaksikan fenomena gerhana penuh Bulan. Seluruh Malaysia berpeluang menyaksikannya pada tanggal 16 Jun 2011. Seluruh gerhana ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia. Bagi tahun 2011 akan berlaku dua kali gerhana penuh Bulan dan kali ini adalah salah satu dari gerhana tersebut. Gerhana penuh Bulan hanya akan berlaku ketika fasa purnama.

Di Malaysia fasa gerhana kali ini bermula apabila Bulan menyentuh penumbra pada 16 jun 2011, jam 01:24 (waktu tempatan-Malaysia). Ketika fasa gerhana ini bermula Bulan telah berada di langit barat. Semasa ia berada dalam bayang penumbra cahaya Bulan mula berkurangan tetapi sukar dikesan dengan mata kasar.

Jumaat, 27 Mei 2011

Matahari tepat di atas Kaabah 28 MEI 2011

Matahari tepat di atas Kaabah pada 28 Mei pukul 5.16 pm di Malaysia.
Peluang keemasan bagi ummat Islam di sini untuk menyemak kembali arah kiblat jika masih ragu-ragu/was-was kerana tidak sah menghadap kiblat kecuali dengan:
1) Yakin- melihat kaabah (jika di Baitullah)
2) Dzon- dengan ijtihad (usaha mencarinya)
dan was-was itu tak diterima.
Inilah kelebihan ilmu fardhu kifayah ini dalam urusan ibadah ummat Islam.
Semua bayang-bayang benda yang tegak dan lurus itu menghadap kiblat pada waktu tersebut...



Sabtu, 14 Mei 2011

Bulan separa penuh malam 14 Mei 2011

Balai Cerap Mini Dr Rowi
Sekitar 12.30 am
14 Mei 2011
Bersama presiden PFSMML 2007, Ashraf Azhar dan presiden PFSMML 2011, Khairul Miqdad.

Sebelum edit

Lepas edit


Khamis, 5 Mei 2011

Himpunan Planet-planet Terhebat untuk tahun 2011


Kali ini, kita akan disajikan dengan himpunan planet-planet utama (kecuali Zuhal) di dalam kawasan langit yang sama pada awal pagi sepanjang bulan Mei ini. Himpunan planetari kali ini akan melibatkan planet Zuhrah, Utarid, Musytari dan Marikh. Dalam pada itu, Bulan pun akan turut sertai bersama-sama geng planet ini.

Cuma Zuhal je tak masuk dalam senarai kerana ia sekarang berada di langit petang.Kesian kat dia.

Kejadian ini akan berlaku pada awal pagi, sekitar selepas waktu Subuh.
Kawasan langitnya ialah sebelah Timur
MUAT TURUN PETA BINTANG FENOMENA INI DI SINI

Berdasarkan kiraan beberapa perisian astronomi yang ada, kita boleh lihat bahawa keempat-empat planet ini akan berkumpul di dalam satu kawasan langit,

Rabu, 27 April 2011

Malam Penghayatan Astronomi Islam Maahad Yakubiah 2011

Teleskop milik PFSMML


           Sesungguhnya segala penciptaan langit dan bumi sangat bermakna bagi golongan yang berfikir. Ilmu falak pada suatu ketika dulu pernah mencapai kegemilangan dalam tamadun Islam. Ilmu ini membincangkan tentang pergerakan badan-badan cakerawala dan kiraan yangb berkaitan dengan ibadat ummat Islam seperti waktu solat dan arah kiblat.
             
Namun ilmu fardhu kifayah ini telah dirampas oleh pihak kafir dan barat. Pelbagai kitab-kitab falak telah dikaji oleh mereka sedangkan pada waktu yang sama ummat Islam semakin mundur dalam pengetahuan ilmu ini. Oleh itu, kami beriltizam untuk menghidupkan semula ilmu seni ini.               

Objektif:
1)      Memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas-asas ilmu falak.
2)      Mengajar kedudukan bintang dan arahnya.

Khamis, 21 April 2011

Kemuncak hujan meteor Lyrids pada 21/22 April 2011

Hujan meteor Lyrids adalah antara hujan meteor terhebat setiap tahun. Menghasilkan meteor dari 16 hingga 26 April dan mencapai waktu kemuncak pada 21/22 April. Boleh mencapai 10 hingga 20 meteor per jam.

Lyrids dinamakan sempena buruj dimana ia muncul(terpancar) iaitu Lyra. Ianya mudah dijumpai kerana buruj Lyra mempunyai bintang Vega, iaitu bintang kelima terterang di langit sebelah utara.

Hujan meteor senang untuk dilihat. Hanya cari tempat lapang yang gelap dan selesa untuk berbaring melihat meteor muncul.

Walaubagaimanapun, semasa hujan meteor ini berlansung cahaya bulan terlalu cerah dan menyebabkan susah mencerap dan jumlah meteor yang boleh dinampak akan berkurang. Ini adalah bukan keadaan mencerap yang baik. Perlukan kesabaran yang agak tinggi tetapi adalah berbaloi jika anda dapat melihat dan mengambil/merakam fenomena astronomi ini.

Selamat mencerap!

 sumber: Unit Penyelidikan Ilmu Falak & Sains Atmosfera, USM

Isnin, 11 April 2011

Sekitar Ijtima' Falak Syarie peringkat YIK 2011

IJTIMA' FALAK SYARIE 2011 (kali ke-2)
Tarikh: 5 Jamadil Awwal 1432 @ 9 April 2011
Tempat: Dewan utama, Maahad Muhammadi Lelaki (MML)
Penganjur: Persatuan Falak Syarie Maahad Muhammadi Lelaki (PFSMML) kerjasama Yayasan Islam Kelantan (YIK)


Presiden PFSMML 2011, Mohd Miqdad b Noran


Majlis perasmian oleh En. Tarmizi Said (wakil YIK)
Peserta yang hadir daripada 17 sekolah YIK, pondok Moden Kandis dan wakil KIST



FORUM Falak bersama Ust Muhd Nor (MMP) dan Dr. Rowi (HUSM)

Moderator Forum: Timb. Pengerusi PFSMML, Fakhru Razi b Hassan



Presiden GAPIM, Ahmad Izzat Irfan Izani

Sesi dialog antara Majlis Penasihat PFSMML dan peserta


Pengerusi PFSMML 2010, Muhammad Azim Ismail (kiri) dan Pengerusi PFSMML 2007, Ashraf Azhar selaku wakil bagi Majlis Penasihat PFSMML


Ucapan pada majlis penutup oleh PK 1 MML, Ust Zaanruddin

antara Urusetia program IFS2011

Sesi bergambar bersama wakil-wakil sekolah

 

Program ini dijayakan untuk menjulang kembali ilmu Falak Syarie di Kelantan khasnya dan Malaysia amnya. Selain membina hubungan dengan sekolah-sekolah Persatuan Falak Syarie di bawah YIK (Yayasan Islam Kelantan)
yang lain. Di sini, kami berkongsi pengalaman, ilmu dan perkara yang berkaitan dengan ilmu fardhu kifayah ini.
Alhamdulillah pada tahun ini, banyak sekolah YIK menubuhkan Persatuan Falak Syarie di sekolah-masing. Hasil usaha sama YIK dalam memperkasakan ilmu ini selepas dihazafkan dalam SMU sekitar 1970-an amat diharapkan.
InsyaAllah selepas ini akan ada program-program susulan untuk memartabatkan ilmu permata ummat Islam ini.

 

" FALAK SAINTIFIK KE ARAH KECEMERLANGAN UMMAH"

Selasa, 5 April 2011

Ijtima' Falak Syarie peringkat YIK 2011

Kali kedua diadakan (pertama pada 10 April 2010). Sila klik IJTIMA' FALAK SYARIE 2010



TARIKH: 9 April 2011(SABTU)
MASA: 8 pagi - 4.30 petang
TEMPAT: Dewan utama Maahad Muhammadi Lelaki (MML)
PESERTA: 10 pelajar daripada 17 sekolah YIK yang wujud persatuan Falak di sekolah masing-masing


TENTATIF
08.00 am: Pendaftaran peserta di Lobi sekolah
08.30 am: Perasmian (oleh Ust Tarmizi)
09.30 am: Kudapan pagi
10.00 am: Forum Asas Falak Syarie bersama Dr. Rowi Omar (WAKIL Persatuan Falak Syarie Malaysia) dan Ust. Muhd Nor Husain (guru Falak Syarie Maahad Muhammadi Perempuan)
12.30 pm: Makan tengah hari dan solat zohor
02.00 pm: Bengkel pengurusan organisasi persatuan oleh Presiden GAPIM (Gabungan Pimpinan Maahad)
03.00 pm: Dialog antara peserta dan Majlis Penasihat Persatuan Falak Syarie Maahad Muhammadi Lelaki (MPPFSMML)
04.00 pm: Majlis Penutup oleh Cikgu Junaidi (PK Ko-Kurikukulum MML)
04.30 pm: Bersurai


Kepada semua senior-senior @ ALUMNI PFSMML yang ada kelapangan, antum semua dijemput secara rasmi untuk menghadiri program ini. Terima kasih.

" FALAK SAINTIFIK KE ARAH KECEMERLANGAN UMMAH"

Isnin, 14 Mac 2011

Antara TANDA (yakin) dan TAQWIM (dzon)


Waktu solat dapat ditentukan dengan 
1) YAKIN- melalui tanda alam
2) ZHON- melalui kiraan dan ijtihad


Kaedah Yakin:
a) ZOHOR- Apabila tergelincir matahari daripada zenithnya (istiwa atau sudut tegak) 

b) ASAR- Bayang-bayang objek lebih panjang daripada objek

c) MAGHRIB- Terbenam seluruh jasad matahari

d) ISYAK- Hilang syafaq (mega) merah

e) SUBUH- Terbit fajar sodiq (melintang) selepas hilangnya fajar kazib (menegak)

f) SYURUQ- Terbit sebahagian jasad matahari

g) DHUHA- ketika tinggi matahari segalah dari ufuk (afdhal)

Fajar kazib
Fajar sodiq


Kaedah Zhon:
Melalui ijtihad (kiraan falak seperti di taqwim, menggunakan rubu' mujayyab dan lain-lain)

Zaman moden ini, kita lebih cenderung untuk menggunakan cara yang lebih mudah iaitu melalui taqwim (ZHON). Namun, kaedah YAKIN iaitu dengan melihat sendiri tanda pada alam ini bagi penentuan waktu solat itu lebih afdal.

Isnin, 7 Mac 2011

Belantik... fungsinya dalam penentuan arah kiblat.


Perhatikan buruj belantik di atas ini. Anda akan lihat tiga bintang sederet yang berada di "pinggang pemburu" itu. Dari kiri, AN-NITAK, AN-NILAM dan MINTAKA. Arah kiblat ini dari an-nitak ke mintaka bukan dari mintaka ke an-nitak. Menuju arah barat. Seolah-olah ke arah "busur pemburu" itu.



Ini cara ringkas mencari kiblat pada waktu malam, Namun bukan setiap bulan buruj ini kelihatan. Inilah salah satu jalan ijtihad dalam penentuan arah kiblat.

NEBULA pada buruj tersebut

Sabtu, 5 Mac 2011

Koleksi Nebula di ALAM SEMESTA

Eagle Nebula

Cat Eye Nebula

Flaming Star Nebula

Helix Nebula

Horse Head Nebula

Orion Nebula

Red Nebula

Red Square Nebula

Rossete Nebula

Cara ringkas mencari KIBLAT (Matahari Terbenam)

Azimut matahari akan berubah dari 235-295 darjah.
Manakala azimut kiblat secara umum di Malaysia ialah 291 darjah dari utara.

Berikut adalah beza azimut kiblat dan azimut matahari :
(boleh dicari menggunakan jari, projektor dll)


  1. Januari- ke kanan 45 darjah
  2. Februari- ke kanan 40 darjah
  3. Mac- ke kanan 25 darjah
  4. April- ke kanan 15 darjah
  5. Mei- ke kanan 5 darjah
  6. Jun- ke kiri 1 darjah
  7. Julai- ke kiri 1 darjah
  8. Ogos- ke kiri 5 darjah
  9. September- ke kiri 15 darjah
  10. Oktober- ke kanan 30 darjah
  11. November- ke kanan 40 darjah
  12. Disember- ke kanan 45 darjah
                         
Arah kiblat dapat dijumpai dengan menjadikan matahari ketika terbenam sebagai tumpuan atau di tengah dan seterusnya sudut darjah seperti di atas diukur sama ada ke kanan dari matahari atau ke kiri daripada matahari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...