Khamis, 21 April 2011

Kemuncak hujan meteor Lyrids pada 21/22 April 2011

Hujan meteor Lyrids adalah antara hujan meteor terhebat setiap tahun. Menghasilkan meteor dari 16 hingga 26 April dan mencapai waktu kemuncak pada 21/22 April. Boleh mencapai 10 hingga 20 meteor per jam.

Lyrids dinamakan sempena buruj dimana ia muncul(terpancar) iaitu Lyra. Ianya mudah dijumpai kerana buruj Lyra mempunyai bintang Vega, iaitu bintang kelima terterang di langit sebelah utara.

Hujan meteor senang untuk dilihat. Hanya cari tempat lapang yang gelap dan selesa untuk berbaring melihat meteor muncul.

Walaubagaimanapun, semasa hujan meteor ini berlansung cahaya bulan terlalu cerah dan menyebabkan susah mencerap dan jumlah meteor yang boleh dinampak akan berkurang. Ini adalah bukan keadaan mencerap yang baik. Perlukan kesabaran yang agak tinggi tetapi adalah berbaloi jika anda dapat melihat dan mengambil/merakam fenomena astronomi ini.

Selamat mencerap!

 sumber: Unit Penyelidikan Ilmu Falak & Sains Atmosfera, USM

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...