Tak ramai yang mengenalinya terutama generasi baru. Rubu (1/4) Mujayyab (yang bergaris) ini merupakan warisan kegemilangan tamadun Falak dalam kerajaan Islam dulu kala. Padanya dapat mencari darjah ketinggian matahari, arah kiblat, waktu solat dan banyak lagi. Ilmu cara penggunaanya semakin berkurangan apatah lagi cara pembuatannya.
Terdapat banyak versi Rubu' Mujayyab ini tapi kebiasaaanya daripada keluli dan kayu. Pada hari ini, alat ini hanya dijadikan sebagai hiasan dan cenderehati kerana sudah wujud cara yang mudah seperti kompas dan taqwim. Demi kesinambungan ilmu ini, generasi muda terutamanya perlu kembali menguasai ilmu ini.
2 ulasan :
Kat rumah sy ada 1 alat ni.. tp xtaw nk guna macam mana.. kalo tgk ukiran kat permukaan tu mmg halus..
alat tu bentuk cmner??
Catat Ulasan