Teleskop milik PFSMML |
Sesungguhnya segala penciptaan langit dan bumi sangat bermakna bagi golongan yang berfikir. Ilmu falak pada suatu ketika dulu pernah mencapai kegemilangan dalam tamadun Islam. Ilmu ini membincangkan tentang pergerakan badan-badan cakerawala dan kiraan yangb berkaitan dengan ibadat ummat Islam seperti waktu solat dan arah kiblat.
Namun ilmu fardhu kifayah ini telah dirampas oleh pihak kafir dan barat. Pelbagai kitab-kitab falak telah dikaji oleh mereka sedangkan pada waktu yang sama ummat Islam semakin mundur dalam pengetahuan ilmu ini. Oleh itu, kami beriltizam untuk menghidupkan semula ilmu seni ini.
Objektif:
1) Memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas-asas ilmu falak.
3) Praktikal pemasangan dan penggunan teleskop.
4) Menanam minat ilmu falak terhadap pelajar.
Berdasarkan objektif di atas, Persatuan Tingkatan Enam Maahad Yaakubiah (PERTENA MAYA) mengambil inisiatif untuk menganjurkan Malam Penghayatan Astronomi Islam seperti mana berikut:
Tempat: Masjid Mukim Nipah, Bachok
Masa: 7.00 pm hingga 9.00 am
Tarikh: 24-25 Jamadil Awwal 1432/ 28-29 April 2011
(Khamis-Jumaat)
Sasaran: Semua pelajar lelaki MAYA 2011 (terbuka)
Jemputan: Persatuan Falak Syarie Maahad Muhammadi Lelaki (PFSMML) bersama TELESKOP MEADE LXD55 200mm
Semua dijemput untuk memeriahkan program yang julung-julung kali diadakan ini.
Praktikal pencarian arah kiblat
Salah satu contoh Nebula
Buruj Belantik/Orion untuk mencari arah kiblat
Buruj Senduk/Biduk |
"CETUSKAN KEMBALI KEAGUNGAN FALAK"
Tiada ulasan :
Catat Ulasan