Tanggal 15-16 Jun 2011, sebahagian Bumi berpeluang menyaksikan fenomena gerhana penuh Bulan. Seluruh Malaysia berpeluang menyaksikannya pada tanggal 16 Jun 2011. Seluruh gerhana ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia. Bagi tahun 2011 akan berlaku dua kali gerhana penuh Bulan dan kali ini adalah salah satu dari gerhana tersebut. Gerhana penuh Bulan hanya akan berlaku ketika fasa purnama.
Di Malaysia fasa gerhana kali ini bermula apabila Bulan menyentuh penumbra pada 16 jun 2011, jam 01:24 (waktu tempatan-Malaysia). Ketika fasa gerhana ini bermula Bulan telah berada di langit barat. Semasa ia berada dalam bayang penumbra cahaya Bulan mula berkurangan tetapi sukar dikesan dengan mata kasar.
Seterusnya fasa total bermula apabila Bulan mula menyentuh umbra pada jam 03:22. Bulan mula kelihatan gelap secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi gelap sepenuhnya jam 03:22 dan di tengah-tengah fasa total pada jam 04:13. Tempoh Bulan mengalami fasa gelap sepenuhnya selama 100 minit. Bulan mula meninggalkan bayang umbra dan memasukki penumbra secara perlahan-lahan pada jam 05:02. Ia mula kelihatan bercahaya sedikit demi sedikit sehingga penuh pada jam 06:02 dan kembali menjadi normal pada 07:02. Gerhana bulan boleh dilihat dengan mata kasar tanpa perlu menggunakan penapis.

sumber: Kompleks Falak Al Khawarizmi
Tiada ulasan :
Catat Ulasan