Ahad, 4 Disember 2011

Gerhana Bulan 10 Disember 2011

Penumbral Eclipse Begins: 11:33:32 UT = 19:33:32 (Waktu Malaysia)
Partial Eclipse Begins : 12:45:42 UT = 20:45:42 (Waktu Malaysia)
Total Eclipse Begins : 14:06:16 UT = 22:06:06 (Waktu Malaysia)
Greatest Eclipse : 14:31:49 UT = 22:31:49 (Waktu Malaysia)
Total Eclipse Ends : 14:57:24 UT = 22:57:24 (Waktu Malaysia)
Partial Eclipse Ends : 16:17:58 UT = 00:17:58 (Waktu Malaysia)
Penumbral Eclipse Ends : 17:30:00 UT = 01:30:00 (Waktu Malaysia)

TARIKH CERAPAN : 10 Disember 2011 (Sabtu)

KAEDAH CERAPAN/RAKAMAN GERHANA PENUH
Cerapan bagi aktiviti ini akan menggunakan Teleskop Pembiasan (Refrector Telescope) 102mm berjenama Orion, teleskop ini akan dilletak di atas mount EQ5. Rakaman gerhana bulan penuh ini akan menggunakan Kamera Canon EOS 450D yang dilekapkan kepada teleskop dengan menggunakan Camera Adapter.


Rakaman akan dibuat menggunakan kaedah Remote Capture with Live View iaitu antara fungsi yang ada dalam EOS Utility, dimana rakaman akan dibuat terus kepada komputer. Melalui EOS Utility ini kawalan aperture, shutter speed, ISO dan remote shooting akan dikawal terus oleh papan kekunci komputer.

Melalui kaedah Live View ini ianya membolehkan kita melaksanakan real time compostion dan juga precision focus setting. Perkara ini sangat berguna bagi merakamkan imej bulan.

Imej rakaman akan terus dibuat editing dan disimpan dalam folder.
Imej ini kemudiannya akan dikongsi bersama dalam halaman facebook ‘Malaysian Lunar Eclipse’. Perkongsian maklumat ini akan terus dapat dilihat oleh masyarakat yang melayari halaman berkenaan. Kelengkapan Internet adalah antara keperluan bagi menjayakan program ini.

Rakaman gerhana bulan akan di pancar oleh LCD projector terus ke skrin putih, bagi memudahkan orang ramai melihat kejadian Gerhana Bulan Penuh ini.

Peralatan :
1. Teleskop Pembiasan 102mm
2. Mount EQ5 with keypad
3. Power stabilizer and power cable
4. Kamera Canon EOS 450D, Canon Camera Adpter
5. Notebook with EOS Utility software
6. Internet wireless broadband (Celcom)
7. LCD Projector & Skrin Putih


sumber: FALAK SYARIE- kembara falak

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...