Rabu, 27 April 2011

Malam Penghayatan Astronomi Islam Maahad Yakubiah 2011

Teleskop milik PFSMML


           Sesungguhnya segala penciptaan langit dan bumi sangat bermakna bagi golongan yang berfikir. Ilmu falak pada suatu ketika dulu pernah mencapai kegemilangan dalam tamadun Islam. Ilmu ini membincangkan tentang pergerakan badan-badan cakerawala dan kiraan yangb berkaitan dengan ibadat ummat Islam seperti waktu solat dan arah kiblat.
             
Namun ilmu fardhu kifayah ini telah dirampas oleh pihak kafir dan barat. Pelbagai kitab-kitab falak telah dikaji oleh mereka sedangkan pada waktu yang sama ummat Islam semakin mundur dalam pengetahuan ilmu ini. Oleh itu, kami beriltizam untuk menghidupkan semula ilmu seni ini.               

Objektif:
1)      Memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas-asas ilmu falak.
2)      Mengajar kedudukan bintang dan arahnya.

Khamis, 21 April 2011

Kemuncak hujan meteor Lyrids pada 21/22 April 2011

Hujan meteor Lyrids adalah antara hujan meteor terhebat setiap tahun. Menghasilkan meteor dari 16 hingga 26 April dan mencapai waktu kemuncak pada 21/22 April. Boleh mencapai 10 hingga 20 meteor per jam.

Lyrids dinamakan sempena buruj dimana ia muncul(terpancar) iaitu Lyra. Ianya mudah dijumpai kerana buruj Lyra mempunyai bintang Vega, iaitu bintang kelima terterang di langit sebelah utara.

Hujan meteor senang untuk dilihat. Hanya cari tempat lapang yang gelap dan selesa untuk berbaring melihat meteor muncul.

Walaubagaimanapun, semasa hujan meteor ini berlansung cahaya bulan terlalu cerah dan menyebabkan susah mencerap dan jumlah meteor yang boleh dinampak akan berkurang. Ini adalah bukan keadaan mencerap yang baik. Perlukan kesabaran yang agak tinggi tetapi adalah berbaloi jika anda dapat melihat dan mengambil/merakam fenomena astronomi ini.

Selamat mencerap!

 sumber: Unit Penyelidikan Ilmu Falak & Sains Atmosfera, USM

Isnin, 11 April 2011

Sekitar Ijtima' Falak Syarie peringkat YIK 2011

IJTIMA' FALAK SYARIE 2011 (kali ke-2)
Tarikh: 5 Jamadil Awwal 1432 @ 9 April 2011
Tempat: Dewan utama, Maahad Muhammadi Lelaki (MML)
Penganjur: Persatuan Falak Syarie Maahad Muhammadi Lelaki (PFSMML) kerjasama Yayasan Islam Kelantan (YIK)


Presiden PFSMML 2011, Mohd Miqdad b Noran


Majlis perasmian oleh En. Tarmizi Said (wakil YIK)
Peserta yang hadir daripada 17 sekolah YIK, pondok Moden Kandis dan wakil KIST



FORUM Falak bersama Ust Muhd Nor (MMP) dan Dr. Rowi (HUSM)

Moderator Forum: Timb. Pengerusi PFSMML, Fakhru Razi b Hassan



Presiden GAPIM, Ahmad Izzat Irfan Izani

Sesi dialog antara Majlis Penasihat PFSMML dan peserta


Pengerusi PFSMML 2010, Muhammad Azim Ismail (kiri) dan Pengerusi PFSMML 2007, Ashraf Azhar selaku wakil bagi Majlis Penasihat PFSMML


Ucapan pada majlis penutup oleh PK 1 MML, Ust Zaanruddin

antara Urusetia program IFS2011

Sesi bergambar bersama wakil-wakil sekolah

 

Program ini dijayakan untuk menjulang kembali ilmu Falak Syarie di Kelantan khasnya dan Malaysia amnya. Selain membina hubungan dengan sekolah-sekolah Persatuan Falak Syarie di bawah YIK (Yayasan Islam Kelantan)
yang lain. Di sini, kami berkongsi pengalaman, ilmu dan perkara yang berkaitan dengan ilmu fardhu kifayah ini.
Alhamdulillah pada tahun ini, banyak sekolah YIK menubuhkan Persatuan Falak Syarie di sekolah-masing. Hasil usaha sama YIK dalam memperkasakan ilmu ini selepas dihazafkan dalam SMU sekitar 1970-an amat diharapkan.
InsyaAllah selepas ini akan ada program-program susulan untuk memartabatkan ilmu permata ummat Islam ini.

 

" FALAK SAINTIFIK KE ARAH KECEMERLANGAN UMMAH"

Selasa, 5 April 2011

Ijtima' Falak Syarie peringkat YIK 2011

Kali kedua diadakan (pertama pada 10 April 2010). Sila klik IJTIMA' FALAK SYARIE 2010



TARIKH: 9 April 2011(SABTU)
MASA: 8 pagi - 4.30 petang
TEMPAT: Dewan utama Maahad Muhammadi Lelaki (MML)
PESERTA: 10 pelajar daripada 17 sekolah YIK yang wujud persatuan Falak di sekolah masing-masing


TENTATIF
08.00 am: Pendaftaran peserta di Lobi sekolah
08.30 am: Perasmian (oleh Ust Tarmizi)
09.30 am: Kudapan pagi
10.00 am: Forum Asas Falak Syarie bersama Dr. Rowi Omar (WAKIL Persatuan Falak Syarie Malaysia) dan Ust. Muhd Nor Husain (guru Falak Syarie Maahad Muhammadi Perempuan)
12.30 pm: Makan tengah hari dan solat zohor
02.00 pm: Bengkel pengurusan organisasi persatuan oleh Presiden GAPIM (Gabungan Pimpinan Maahad)
03.00 pm: Dialog antara peserta dan Majlis Penasihat Persatuan Falak Syarie Maahad Muhammadi Lelaki (MPPFSMML)
04.00 pm: Majlis Penutup oleh Cikgu Junaidi (PK Ko-Kurikukulum MML)
04.30 pm: Bersurai


Kepada semua senior-senior @ ALUMNI PFSMML yang ada kelapangan, antum semua dijemput secara rasmi untuk menghadiri program ini. Terima kasih.

" FALAK SAINTIFIK KE ARAH KECEMERLANGAN UMMAH"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...