Isnin, 14 Mac 2011

Antara TANDA (yakin) dan TAQWIM (dzon)


Waktu solat dapat ditentukan dengan 
1) YAKIN- melalui tanda alam
2) ZHON- melalui kiraan dan ijtihad


Kaedah Yakin:
a) ZOHOR- Apabila tergelincir matahari daripada zenithnya (istiwa atau sudut tegak) 

b) ASAR- Bayang-bayang objek lebih panjang daripada objek

c) MAGHRIB- Terbenam seluruh jasad matahari

d) ISYAK- Hilang syafaq (mega) merah

e) SUBUH- Terbit fajar sodiq (melintang) selepas hilangnya fajar kazib (menegak)

f) SYURUQ- Terbit sebahagian jasad matahari

g) DHUHA- ketika tinggi matahari segalah dari ufuk (afdhal)

Fajar kazib
Fajar sodiq


Kaedah Zhon:
Melalui ijtihad (kiraan falak seperti di taqwim, menggunakan rubu' mujayyab dan lain-lain)

Zaman moden ini, kita lebih cenderung untuk menggunakan cara yang lebih mudah iaitu melalui taqwim (ZHON). Namun, kaedah YAKIN iaitu dengan melihat sendiri tanda pada alam ini bagi penentuan waktu solat itu lebih afdal.

Isnin, 7 Mac 2011

Belantik... fungsinya dalam penentuan arah kiblat.


Perhatikan buruj belantik di atas ini. Anda akan lihat tiga bintang sederet yang berada di "pinggang pemburu" itu. Dari kiri, AN-NITAK, AN-NILAM dan MINTAKA. Arah kiblat ini dari an-nitak ke mintaka bukan dari mintaka ke an-nitak. Menuju arah barat. Seolah-olah ke arah "busur pemburu" itu.



Ini cara ringkas mencari kiblat pada waktu malam, Namun bukan setiap bulan buruj ini kelihatan. Inilah salah satu jalan ijtihad dalam penentuan arah kiblat.

NEBULA pada buruj tersebut

Sabtu, 5 Mac 2011

Koleksi Nebula di ALAM SEMESTA

Eagle Nebula

Cat Eye Nebula

Flaming Star Nebula

Helix Nebula

Horse Head Nebula

Orion Nebula

Red Nebula

Red Square Nebula

Rossete Nebula

Cara ringkas mencari KIBLAT (Matahari Terbenam)

Azimut matahari akan berubah dari 235-295 darjah.
Manakala azimut kiblat secara umum di Malaysia ialah 291 darjah dari utara.

Berikut adalah beza azimut kiblat dan azimut matahari :
(boleh dicari menggunakan jari, projektor dll)


  1. Januari- ke kanan 45 darjah
  2. Februari- ke kanan 40 darjah
  3. Mac- ke kanan 25 darjah
  4. April- ke kanan 15 darjah
  5. Mei- ke kanan 5 darjah
  6. Jun- ke kiri 1 darjah
  7. Julai- ke kiri 1 darjah
  8. Ogos- ke kiri 5 darjah
  9. September- ke kiri 15 darjah
  10. Oktober- ke kanan 30 darjah
  11. November- ke kanan 40 darjah
  12. Disember- ke kanan 45 darjah
                         
Arah kiblat dapat dijumpai dengan menjadikan matahari ketika terbenam sebagai tumpuan atau di tengah dan seterusnya sudut darjah seperti di atas diukur sama ada ke kanan dari matahari atau ke kiri daripada matahari.

Penghijaban Zuhrah oleh Bulan pada 2010

16 Mei 2010.
Masih berpakaian seragam sekolah, bersama dengan senior Asyraf Azhar ke rumah Dr Rowi kerana ingin merakam peristiwa astronomi ini.....berlaku antara maghrib dan isyak. Zuhrah dilindungi bulan pada azan maghrib dan kembali keluar@ asal pada azan isyak. Sudah ditetapkan. MasyaAllah.
 Saat azan maghrib berkumandang bermulanya peghijaban

Setelah hampir sejam lebih terlindung

Zuhrah kembali kelihatan


Segala gambar diambil dengan menggunakan kamera CLR dan Teleskop Takahashi milik Dr Rowi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...