Jumaat, 9 Disember 2011

Imej Matahari 8 Disember 2011

 Cuaca pagi itu terlalu cerah disambut awan yang nipis dan kumpulan burung yang bebas merantau. Matahari gah menonjolkan diri dengan cahayanya yang terang. Di ufuk Timur sana, sang suria terus menghilangkan kegelapan malam. Jam menunjukkan pukul 8.05 pagi. Segalanya telah tersusun dan set up.

Hampir 3 bulan tidak aktif dalam astrofotografi. Kelmarin, bersama bekas Pengerusi Falak Syarie Maahad Muhammadi Lelaki 2011, Saudara Miqdad Noran, saya berkeempatan menggunakan 400mm Coronado Telescope, imej matahari berjaya diambil.

Gambar matahari yang diambil di Balai Cerap Mini Dr. Rowi, Guchil Bayam, Kota Bharu pada pagi 8/12/2011 

Imej dirakam dengan Lucam Recorder (semestinya bersama filter/penapis). Imej pertama dengan 2000 Frames dan yang kedua 500 Frames. Selesai editting dengan RegiStax V6, kedua-dua imej digabungkan dalam adobe photoshop untuk hasil yang lebih kemas.

Kelihatan sunspot dan flaming yang jelas di atas permukaannya.





Ahad, 4 Disember 2011

Gerhana Bulan 10 Disember 2011

Penumbral Eclipse Begins: 11:33:32 UT = 19:33:32 (Waktu Malaysia)
Partial Eclipse Begins : 12:45:42 UT = 20:45:42 (Waktu Malaysia)
Total Eclipse Begins : 14:06:16 UT = 22:06:06 (Waktu Malaysia)
Greatest Eclipse : 14:31:49 UT = 22:31:49 (Waktu Malaysia)
Total Eclipse Ends : 14:57:24 UT = 22:57:24 (Waktu Malaysia)
Partial Eclipse Ends : 16:17:58 UT = 00:17:58 (Waktu Malaysia)
Penumbral Eclipse Ends : 17:30:00 UT = 01:30:00 (Waktu Malaysia)

TARIKH CERAPAN : 10 Disember 2011 (Sabtu)

KAEDAH CERAPAN/RAKAMAN GERHANA PENUH
Cerapan bagi aktiviti ini akan menggunakan Teleskop Pembiasan (Refrector Telescope) 102mm berjenama Orion, teleskop ini akan dilletak di atas mount EQ5. Rakaman gerhana bulan penuh ini akan menggunakan Kamera Canon EOS 450D yang dilekapkan kepada teleskop dengan menggunakan Camera Adapter.

Ahad, 5 Jun 2011

Gerhana Bulan Penuh 16 June 2011


Tanggal 15-16 Jun 2011, sebahagian Bumi berpeluang menyaksikan fenomena gerhana penuh Bulan. Seluruh Malaysia berpeluang menyaksikannya pada tanggal 16 Jun 2011. Seluruh gerhana ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia. Bagi tahun 2011 akan berlaku dua kali gerhana penuh Bulan dan kali ini adalah salah satu dari gerhana tersebut. Gerhana penuh Bulan hanya akan berlaku ketika fasa purnama.

Di Malaysia fasa gerhana kali ini bermula apabila Bulan menyentuh penumbra pada 16 jun 2011, jam 01:24 (waktu tempatan-Malaysia). Ketika fasa gerhana ini bermula Bulan telah berada di langit barat. Semasa ia berada dalam bayang penumbra cahaya Bulan mula berkurangan tetapi sukar dikesan dengan mata kasar.

Jumaat, 27 Mei 2011

Matahari tepat di atas Kaabah 28 MEI 2011

Matahari tepat di atas Kaabah pada 28 Mei pukul 5.16 pm di Malaysia.
Peluang keemasan bagi ummat Islam di sini untuk menyemak kembali arah kiblat jika masih ragu-ragu/was-was kerana tidak sah menghadap kiblat kecuali dengan:
1) Yakin- melihat kaabah (jika di Baitullah)
2) Dzon- dengan ijtihad (usaha mencarinya)
dan was-was itu tak diterima.
Inilah kelebihan ilmu fardhu kifayah ini dalam urusan ibadah ummat Islam.
Semua bayang-bayang benda yang tegak dan lurus itu menghadap kiblat pada waktu tersebut...



Sabtu, 14 Mei 2011

Bulan separa penuh malam 14 Mei 2011

Balai Cerap Mini Dr Rowi
Sekitar 12.30 am
14 Mei 2011
Bersama presiden PFSMML 2007, Ashraf Azhar dan presiden PFSMML 2011, Khairul Miqdad.

Sebelum edit

Lepas edit


Khamis, 5 Mei 2011

Himpunan Planet-planet Terhebat untuk tahun 2011


Kali ini, kita akan disajikan dengan himpunan planet-planet utama (kecuali Zuhal) di dalam kawasan langit yang sama pada awal pagi sepanjang bulan Mei ini. Himpunan planetari kali ini akan melibatkan planet Zuhrah, Utarid, Musytari dan Marikh. Dalam pada itu, Bulan pun akan turut sertai bersama-sama geng planet ini.

Cuma Zuhal je tak masuk dalam senarai kerana ia sekarang berada di langit petang.Kesian kat dia.

Kejadian ini akan berlaku pada awal pagi, sekitar selepas waktu Subuh.
Kawasan langitnya ialah sebelah Timur
MUAT TURUN PETA BINTANG FENOMENA INI DI SINI

Berdasarkan kiraan beberapa perisian astronomi yang ada, kita boleh lihat bahawa keempat-empat planet ini akan berkumpul di dalam satu kawasan langit,

Rabu, 27 April 2011

Malam Penghayatan Astronomi Islam Maahad Yakubiah 2011

Teleskop milik PFSMML


           Sesungguhnya segala penciptaan langit dan bumi sangat bermakna bagi golongan yang berfikir. Ilmu falak pada suatu ketika dulu pernah mencapai kegemilangan dalam tamadun Islam. Ilmu ini membincangkan tentang pergerakan badan-badan cakerawala dan kiraan yangb berkaitan dengan ibadat ummat Islam seperti waktu solat dan arah kiblat.
             
Namun ilmu fardhu kifayah ini telah dirampas oleh pihak kafir dan barat. Pelbagai kitab-kitab falak telah dikaji oleh mereka sedangkan pada waktu yang sama ummat Islam semakin mundur dalam pengetahuan ilmu ini. Oleh itu, kami beriltizam untuk menghidupkan semula ilmu seni ini.               

Objektif:
1)      Memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas-asas ilmu falak.
2)      Mengajar kedudukan bintang dan arahnya.

Khamis, 21 April 2011

Kemuncak hujan meteor Lyrids pada 21/22 April 2011

Hujan meteor Lyrids adalah antara hujan meteor terhebat setiap tahun. Menghasilkan meteor dari 16 hingga 26 April dan mencapai waktu kemuncak pada 21/22 April. Boleh mencapai 10 hingga 20 meteor per jam.

Lyrids dinamakan sempena buruj dimana ia muncul(terpancar) iaitu Lyra. Ianya mudah dijumpai kerana buruj Lyra mempunyai bintang Vega, iaitu bintang kelima terterang di langit sebelah utara.

Hujan meteor senang untuk dilihat. Hanya cari tempat lapang yang gelap dan selesa untuk berbaring melihat meteor muncul.

Walaubagaimanapun, semasa hujan meteor ini berlansung cahaya bulan terlalu cerah dan menyebabkan susah mencerap dan jumlah meteor yang boleh dinampak akan berkurang. Ini adalah bukan keadaan mencerap yang baik. Perlukan kesabaran yang agak tinggi tetapi adalah berbaloi jika anda dapat melihat dan mengambil/merakam fenomena astronomi ini.

Selamat mencerap!

 sumber: Unit Penyelidikan Ilmu Falak & Sains Atmosfera, USM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...