Ahad, 4 Disember 2016

Astronomi Almanak 2017 oleh Falak Online

Fenomena-fenomena astronomi yang disenarai menerusi kalendar astronomi di bawah merangkumi fasa bulan, gerhana bulan, conjunction (himpunan bulan dengan planet/bintang atau planet dengan planet/bintang), juraian meteor, istiqbal (objek berada bersetentang 180 deg dengan kedudukan matahari), kedudukan paling tinggi di langit (melibatkan Zuhrah dan Utarid) dan penghijaban (bulan melintasi di hadapan bintang).
Tandaan  merujuk kepada fenomena tumpuan.
Tandaan  membawa maksud JANGAN LEPASKAN PELUANG!
Beberapa fenomena seperti penghijaban pada bulan September 2017 nanti, akan mempunyai pandangan yang berlainan dari lokasi ke lokasi.

Sila ke link ini : Almanak 2017

Jumaat, 9 Disember 2011

Imej Matahari 8 Disember 2011

 Cuaca pagi itu terlalu cerah disambut awan yang nipis dan kumpulan burung yang bebas merantau. Matahari gah menonjolkan diri dengan cahayanya yang terang. Di ufuk Timur sana, sang suria terus menghilangkan kegelapan malam. Jam menunjukkan pukul 8.05 pagi. Segalanya telah tersusun dan set up.

Hampir 3 bulan tidak aktif dalam astrofotografi. Kelmarin, bersama bekas Pengerusi Falak Syarie Maahad Muhammadi Lelaki 2011, Saudara Miqdad Noran, saya berkeempatan menggunakan 400mm Coronado Telescope, imej matahari berjaya diambil.

Gambar matahari yang diambil di Balai Cerap Mini Dr. Rowi, Guchil Bayam, Kota Bharu pada pagi 8/12/2011 

Imej dirakam dengan Lucam Recorder (semestinya bersama filter/penapis). Imej pertama dengan 2000 Frames dan yang kedua 500 Frames. Selesai editting dengan RegiStax V6, kedua-dua imej digabungkan dalam adobe photoshop untuk hasil yang lebih kemas.

Kelihatan sunspot dan flaming yang jelas di atas permukaannya.





Ahad, 4 Disember 2011

Gerhana Bulan 10 Disember 2011

Penumbral Eclipse Begins: 11:33:32 UT = 19:33:32 (Waktu Malaysia)
Partial Eclipse Begins : 12:45:42 UT = 20:45:42 (Waktu Malaysia)
Total Eclipse Begins : 14:06:16 UT = 22:06:06 (Waktu Malaysia)
Greatest Eclipse : 14:31:49 UT = 22:31:49 (Waktu Malaysia)
Total Eclipse Ends : 14:57:24 UT = 22:57:24 (Waktu Malaysia)
Partial Eclipse Ends : 16:17:58 UT = 00:17:58 (Waktu Malaysia)
Penumbral Eclipse Ends : 17:30:00 UT = 01:30:00 (Waktu Malaysia)

TARIKH CERAPAN : 10 Disember 2011 (Sabtu)

KAEDAH CERAPAN/RAKAMAN GERHANA PENUH
Cerapan bagi aktiviti ini akan menggunakan Teleskop Pembiasan (Refrector Telescope) 102mm berjenama Orion, teleskop ini akan dilletak di atas mount EQ5. Rakaman gerhana bulan penuh ini akan menggunakan Kamera Canon EOS 450D yang dilekapkan kepada teleskop dengan menggunakan Camera Adapter.

Ahad, 5 Jun 2011

Gerhana Bulan Penuh 16 June 2011


Tanggal 15-16 Jun 2011, sebahagian Bumi berpeluang menyaksikan fenomena gerhana penuh Bulan. Seluruh Malaysia berpeluang menyaksikannya pada tanggal 16 Jun 2011. Seluruh gerhana ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia. Bagi tahun 2011 akan berlaku dua kali gerhana penuh Bulan dan kali ini adalah salah satu dari gerhana tersebut. Gerhana penuh Bulan hanya akan berlaku ketika fasa purnama.

Di Malaysia fasa gerhana kali ini bermula apabila Bulan menyentuh penumbra pada 16 jun 2011, jam 01:24 (waktu tempatan-Malaysia). Ketika fasa gerhana ini bermula Bulan telah berada di langit barat. Semasa ia berada dalam bayang penumbra cahaya Bulan mula berkurangan tetapi sukar dikesan dengan mata kasar.

Jumaat, 27 Mei 2011

Matahari tepat di atas Kaabah 28 MEI 2011

Matahari tepat di atas Kaabah pada 28 Mei pukul 5.16 pm di Malaysia.
Peluang keemasan bagi ummat Islam di sini untuk menyemak kembali arah kiblat jika masih ragu-ragu/was-was kerana tidak sah menghadap kiblat kecuali dengan:
1) Yakin- melihat kaabah (jika di Baitullah)
2) Dzon- dengan ijtihad (usaha mencarinya)
dan was-was itu tak diterima.
Inilah kelebihan ilmu fardhu kifayah ini dalam urusan ibadah ummat Islam.
Semua bayang-bayang benda yang tegak dan lurus itu menghadap kiblat pada waktu tersebut...



Sabtu, 14 Mei 2011

Bulan separa penuh malam 14 Mei 2011

Balai Cerap Mini Dr Rowi
Sekitar 12.30 am
14 Mei 2011
Bersama presiden PFSMML 2007, Ashraf Azhar dan presiden PFSMML 2011, Khairul Miqdad.

Sebelum edit

Lepas edit


Khamis, 5 Mei 2011

Himpunan Planet-planet Terhebat untuk tahun 2011


Kali ini, kita akan disajikan dengan himpunan planet-planet utama (kecuali Zuhal) di dalam kawasan langit yang sama pada awal pagi sepanjang bulan Mei ini. Himpunan planetari kali ini akan melibatkan planet Zuhrah, Utarid, Musytari dan Marikh. Dalam pada itu, Bulan pun akan turut sertai bersama-sama geng planet ini.

Cuma Zuhal je tak masuk dalam senarai kerana ia sekarang berada di langit petang.Kesian kat dia.

Kejadian ini akan berlaku pada awal pagi, sekitar selepas waktu Subuh.
Kawasan langitnya ialah sebelah Timur
MUAT TURUN PETA BINTANG FENOMENA INI DI SINI

Berdasarkan kiraan beberapa perisian astronomi yang ada, kita boleh lihat bahawa keempat-empat planet ini akan berkumpul di dalam satu kawasan langit,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...